Sambungan Yang Terlambat
23 May 2008
Cerita Penang hari tu kononnya nak sambung, tapi tak tersambung sebab asik tengok Gossip Girl dan JAWAB TAG aje. Banyak sungguh tag hari tu kan.
Hmmm, Penang was not so great.
It’s not the place that’s not, but the time constrain. Kami bermalam satu malam aje kat sana sebab keesokan harinya hubby dah janji dengan adik bongsunya untuk hantar dia balik asrama.
Aku ajak hubby pegi Penang sebab teringin nak makan pasembor kat Padang Kota , shopping kat Queensbay Mall dan jalan2 Batu Feringghi. Akhirnya hanya satu objective aje tercapai. Aku fikir-fikir, mungkin keadaan kami dah banyak berubah, tak semua yang kami rancang boleh dilaksanakan, macam dulu-dulu. Sekarang, anak adalah priority, kadang2 sampai hubby pun jatuh second. I just can’t help it.
Sebelum bertolak ke Penang, ada small birthday celeb untuk SIL P, adik hubby yang bongsu. Lihat itu, munciku didukung kesana-sini oleh nenetnya yang sakit tangan dan lutut. Anything for munciku rite, nenet?
SIL P potong kek, next to her is Syahirah’s mom.
Sampai aje hat hotel, hubby layan work report dia dulu, boleh gitu? Ala-ala ‘with great power comes great responsibility’.
Takde sapa layan aku, aku layan kamera. Tangkap gambar Penang ghetto dari tingkap hotel. Tapi tingkap tu lock la… kalau tak lock habis gayat boleh terjun terus.
Tangkap gambar budak tido. Senang betul dia tido dalam aircon sejuk yang amat nih. Tak la meroyan macan kat rumah, kena buai semua kan. Ene cakap anak aku ni macam Davin Blain, suka sejuk - boleh duduk lama2 dalam ketul ais. Pandai la ko Ene. Dah dia tido dari petang sampai malam, maka kensellah nak makan pasembor kat Padang Kota.
Ni the next day, nak pergi Batu Feringghi, tapi dia dah tangkap lentok dlm kreta. So kensel BFeringghi. Kami pun jalan2 sightseeing aje lah.
Pergi Kebun Bunga. Banyak turis dari Siam datang.
Kena paksa bergambar kat Masjid Negeri. Sowwy bang….
Ni ntah bangunan apa ntah.
Akhirnya… Queensbay Mall. Percaya tak, aku yang nak pergi shopping sini, alih2 aku tak dapat ape satu barang pun. Me hubby lak yang dapat barang dia. Banyak lak tu. Hmmph
Kepenatan tunggu abah ambil kereta kat parking entrance.
Kemudian dari Penang dah lewat dalam 3 pm gitu, SIL P dan asik call aje tanya jadi tak nak hantar dia balik hostel, gate tutup pukul 6 la apa la. So we rushed to SP, tapi kat exit SP jam teruk ada eksiden. Sampai sana dan 4.30. Aiyyoo.
Tunggu SIL P ambik kad hostel dia kat pak gad. Hujan lebat.
Introducing SIL P and munciku.
SIL P ni maru masuk je sini lepas dapat result PMR hari tu. Asrama dia, jauh hebat dari asrama universiti - satu bilik 4 orang, baru pulak tu. Rezeki dia dapat belajar situ. Kalau nak banding ngan asrama aku dulu lagi out la. Asal boleh tidur aje siap tak de kipas angin lagi. Tapi aku suka asrama aku.
Begitulah kisahnya Penang 2008. Sekian
ڤرچوتين تق سبراڤ
5 May 2008
| retreat يڠ اكو چاكڤ تو بوكن له سبنر-بنر retreat. چوما ملاريكن ديري دري كاوسن تمڤت تيڠڬل كامي يڠ سسق دان مڽسقكن اين.
كالاو بوليه اكو ماو ك ڤنتاي، ڤاليڠ سرونوك كالاو داڤت ك دوڠون، ترڠڬانو، يڠ مڽيمڤن باڽق كنڠن رماج دان ڤرسكولهن اكو. ماكن ناسي داڬڠ سمڤأي راس تق ماو ماكن لاڬي. تاڤي اڤاكن داي، تمڤت ايت ترلالو ءجاوه باڬي كامي… كامي بوات كڤوتوسن باليق كامڤوڠ سوامي، كمودين ملنچوڠ ك ڤولاو ڤينڠ ڤد هاري كدوا دان ڤولڠ سمولا ك كامڤوڠ ڤد هاري ك تيڬ. اكو تق چريويت باب جالن-جالن ني، اصل برجالن اجي ده چوكوڤ… ياي له تو… |
Wah, tetiba pening kepala bila baca jawi kan? Nampak ngat jarang baca.
Suamiku memasang ‘carrier’ petang sebelum berangkat. Aku yg beria suruh dia pasang, supaya dalam kereta tak sendat sangat. Yela… barang baby kan banyak.
Masa rest dan breakfast bawah gazebo kat Tapah ni lah terserempak ngan MP Tian Chua. Macam star-struck la gayanya kami berdua ni. Sampai tak sempat nak snap. Tu kreta camry silver adalah kereta yg dinaiki TC. Tapi kenapa perlu ambil gambar dia kan? kan?
Ammar lepak kat kampung. Laptop mama jarang berjauhan. Apa2 aje mama kita ni kan.
Cantikkan pemandangan depan rumah ILs. Sawah terbentang, walaupun padi tak naik lagi. Teringat aku masa kecil kat sawah mbah (datuk/nenek dalam bahasa Jawa). Aku lahir kat rumah mbah dan selalu tinggal sana. Naik sampan tempat bubuh benih pagi yang belum di tanam. Sweet memories, but not for long… Nasib baik hubby pun lahir dengan back ground yang lebih kurang sama.
Ammar di dukong nenek. Sambil tengok ayam katik. He’s lucky he still have a kampung. Kereta kancil bawah bumbung tu kereta pertama aku yang aku beli dengan gaji cikgu. Sangat cinta kereta tu. Tapi bila aku beli kereta lain, sayang nak trade in - hubby bagi kat Abah dia. Huhu. Gembira sebab Abah pandai jaga kereta - masih macam brand new!
Apa lah nama tempat ni kat depan SP Plaza. Baru di bina tahun lepas, jadi tempat melepak orang yang penat bershopping. Aku tak singgah pun sini, saja snap masa lalu lepas makan nasi lemak ikan masin sebungkus 5kupang kat pekan. Seronok.
Khabar kampung: Abah kurang sihat, beberapa minggu lalu dia jatuh motosikal dan luka2 dikaki dan tangan. Kebetulan abah ada kencing manis, luka2 tu agak lambat baik. Nasib baik abah kawal makan, langsung tak makan manis dan always on meds jadi luka tu nampak getting better.
Mak pulak sakit lutut dan tangan. Sakit lutut biasalah, tulang rawan dah menipis. Tapi yang tangan tu adalah kerana ketuk batang paip setiap kali ambil wudhu’ sebab air lambat keluar. Low pressure air kat kampung, tapi air sangat bersih tak de keladak2 macam kat Selangor ni.
Bersambung…
**Teks jawi tu bukan aku taip sendiri, diconvert guna eJAwi. Tapi banyak yang kurang tepat, perlu banyak upgrade lagi. Thanx to Nurnana, for introducing.



























