Tagged by Cendawanintim
22 May 2008
1. Senarai 5 hadiah aper yg anda impikan
2. Senaraikan alasan nya
Ni dah buat dulu. Tgk sini.
5 impresi terhadap org yg diminati (apakah?)
- hensem (apakah?)
- penyabar
- penyayang
- kuat makan
- bijak
Perkara hebat yg prnh dilakukan :
marry the man i love, carry his sons, birth them and raising one of them.
5 ciptaan yg paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yg maju)
- handfon bercamera yang ada bluetooth
- internet
- lampin pakai buang
- chocolate cakes
- cars
5 perkara yg dibenci
- janji yang tidakditepati
- terhegeh-hegeh (apekah?)
- duit tak ada
- makanan tak ada
- panas as in NOW! 32°C anak aku asik menangis je tak leh tidoooooo
Okay, CI - tag telah diselesaikan! Lega aku.
Tagged by Litium II
15 May 2008
This is a quick posting. Sambil2 takde mood nak memblog.
So, Litium, here it is…
LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR :
See here.
LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES :
Also see here.
THE PERSON WHO TAGGED YOU IS : litium
5 IMPRESSIONS OF HIM/HER :
- funny bila online (this is a fact)
- serius bila offline (macam la aku pernah jumpa dia, BTW ni impression je)
- good hearted (sila membangga diri)
- simple on the outside
- humble (sila membangga diri to the ∞)
MOST MEMORABLE THING HE/SHE HAS DONE FOR YOU :
nothing really. hey wait! he thought me to ‘torrent’ tvseries. haha!
MOST LOVED INVENTION :
other than diapers? the internet, of course! and bitcomet and torrent lalala
WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:
banyak sangat la. tapi sekarang ni sgt membenci habuk. mencik la, taman aku ni bukan besar sgt, tapi ada la lori bancuh simen la, lori pasir la lalu dpn rumah aku. apekah?
Tagged by Litium: 5 perkara pertama
12 May 2008
Litium tag aku sebab aku tag dia. Anyway, If you are tagged - consider it as a blessing coz people are actually interested know about you (at least it works that way for me). I like tagging. It’s a simple and fun way to get to know people! I think people should tag away more!
5 PERKARA PERTAMA YANG TERJADI DALAM HIDUP ANDA.
1) Kali pertama tinggalkan kampung halaman.
Masa aku tingkatan satu. Masa tu dapat offer masuk sekolah asrama, heh, sapa tak mau pg kan? Kat Terengganu pulak tu. Mak hantar aku pg sekolah naik bas express. Bawak 2 beg besar, bapak berat. Perasaan sedih, takut, gembira semua ada. Mak hantar aku tahun 1990, kemudian sekali lagi dia datang masa jemput aku balik tahun 1994. From that moment on, I just knew that I am ONE tough woman.
2) Kali pertama naik kapal terbang.
Pergi Sydney tahun 2000. Jakun sangat masa tu, tapi control cool aje. Tapi boleh aku emo2 kat suami sebab masa check in dia tak bookkan window seat (tak sedar suami yg bayar vacation tu, nak emo2 pulak). Konon nak tengok apa kat tingkap tu kan, apa pun tak nampak -serius! Tapi Sydney adalah sangat best. I miss Sydney.
3) Kali pertama nak keretapi.
Masa tingkatan 3. Ada PPM kat STF, Johor Bahru aku all the way dari Terengganu lawan basketball kat situ. Kebetulan Along sekolah situ, jadi dia berlagak host lah ngan aku. Dia bagi aku ‘concession ticket’ masa habis PPM so aku boleh balik ke KL ngan dia. Okla first time naik keretapi. Ingat kan best, tiket free lagi. Rupanya… gerabak 3rd class, duduk atas lantai. Aku tak tau, rupanya tiap2 kali Along balik cuti semester, gitu la kaedahnya.
4) Kali pertama dining kat hotel.
First date dgn suami tercinta, 1998. Di sini. Dia ingat boleh la impress aku dengan ajak makan hotel. Kalau makan mamak pun outcomenya sama jugak, kalau dah jodoh kan? But thank you for trying mhahahaha. Serius aku control ayu makan hotel masa first date ok!!! Dengan garpu, pisau bagai. Mak tensyen!!! Sampai sekarang kalau aku ternampak couple makan control2 aku mesti teringat aku punya first date. Nak gelak pun ada. Makanan sedap pun jadi tak sedap.
5) Kali pertama mengundi.
1999. 2004. Sepatutnya aku ngundi 1999 tu, tapi siapa la sengal sangat pegi deny my voting right (dan juga beribu2 rakyat Malaysia yang lain). Calon yang aku undi tahun 2004 tu kalah. Tapi dia menang pada 2008.
Segan lak aku nak tag orang. Nanti depa ingat aku gila tag ke hapa. But I’m tagging 2 neighbors of mine.
- Iza
- Sue
Tagged about Pwesent…
9 May 2008
Kali ni kena tag dengan sue-aleen. Sampai sekarang aku tak tau nama dia apa. Sebab aku tak pernah tanya. Haha
Rule of Tag:
LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR AND THE REASON Y??
No.1
Another baby(ies)
Reason: Untuk buat kawan Ammar, untuk besarkan keluarga, untuk menyejukkan lagi mata
No.2
A Toyota Fortuner
Reason: Aku takde kereta, so nak la satu. Fortuner ni besar dan tough, senang nak road-trip. Sumbat semua barang dalam tu. Best… Tapi kalau beli sendiri aku beli kereta nasional je la, senang nak servis. Kedai apek pun boleh.

No.3
Full interior renovation for my now-home.
Reason: Aku sayang rumah ni, walaupun aku tau nanti aku kena pindah juga (It’s hubby’s wish to build a home at his SP land). Tapi buat masa ni aku nak tinggal sini dengan selesa. Sebab jiran aku best, facilities semua ada. Why get the best out of it?
No.4
Of-course, ke Tanah Suci.

Reason: Aku dah berniat nak pergi selepas episod Ameen, tapi terbengkalai bila preggykan Ammar. So, aku memang nak pergi. Dulu nak pergi sebab nak berdoa depan Kaabah untuk minta zuriat2 seterusnya, tapi sekarang dah ada zuriat, bertambah2 lagi rasa nak pergi. Insyaallah. (kenyit2 mata kat hubby)
No.5
A Visit to Stonehenge

Reason: Masa kecik dulu aku suka tengok siri Robin of Sherwood. Ada satu scene tu Robin menunggang kuda ke Stonehenge, tak ingat la dia nak buat apa kat situ. Tapi gambar Stonehenge tu masih terpahat dalam ingatan aku: langit biru terbentang, padang rumput hijau saujana mata memandang kemudian ada batu2 besar tersusun ‘indah’. Aku tau satu hari nanti aku kena pergi sini, walaupun bukan sebagai hadiah.
**Err… sue-aleen, apa nama panggilan kamu?








