Early Mother’s Day Present
26 April 2008
Bukan hand bag okehh, but…
.
.
.
.
Ta daaa!!!
It’s a lens for my Canon. It’s a super (duper) wide angle Sigma 10-20mm F4.0-5.6 EX DC HSM
Phew!! Dah lama aku mimpi2 kan lens ni, akhirnya dapat juga. Alhamdulillah. Hubby bermurah hati mensponsor sebahagian daripadanya, sebab mak tak kerja kan? Sila anggap sebagai hadiah Hari Ibu dari suami terchenta. Hehe. Walaupun ia adalah 3rd party lens, reviewnya di Amazon dan tempat2 lain adalah sangat baik. Tapi aku tak beli kat Amazon la…
Sudah mengetestnya on the way home, dan resultnya seperti dibawah.
This is at 10mm focal lenght. Weird distortion, but I like!!!!
This is at 20mm. Potrait yang sangat sesuai… And crispy sharp!
Anyway, I photograph for fun, tak kuasa dengan teori teori dan jargon2 buku tebal ni. Jadi, pemilihan lens adalah tidak mengambil kira chromatic aberrations dan sebagainya.
Ini pulak Uncle Johnny Teh, jual kamera kat Selangor Photographer. Aku suka beli barang camera ngan dia. Sebab dia kasik murah kaw kaw punya. Kalau orang lain jaga kaunter, aku sanggup tunggu, nak Uncle Johhny juga yang serve. You can hardly miss him at the shop!

Eh.. kenapa aku promosi dia kat sini pulak.
Sekian…
Projek pagi hari
29 January 2008
Sementara Ammar masih kecik ni, aku boleh la buat macam benda-benda tanpa dia nak ‘join’ (i.e rebut barang) sama. Aku boleh lagi bukak laptop, ambil gambar, guna handfon tanpa dia nak grab all those things. I know it wont be long until that.
So, this morning after a not-so-warm bath, aku ajak Ammar posing-posing. Seronok sangat, tengok dia attracted kat lampu speedlite yang berkelip2 bila aku nak snap gambar. Automatik nampak macam dia posing, padahal dia syok tengok lampu tu.
Ammar ni suka buat muka (aku rasa baby lain pun sama). Dia suka muncungkan mulut dia - tak tahu apa maksudnya. Dia suka buat muka bersalah, kami panggil “Guilty as charged” - maknanya dia pee or pooped. Dia suka senyum, senyum sesorang, senyum kat mama dan abah. Dia suka jelir lidah dan juihkan bibir dia bila nak minum…
Honestly, he melts my heart (jiwang mode) every time. And I love him more everyday.












