Mandom

16 June 2008

Boleh aku ingat hari ni harijadi hubs? Esokla makcik oiii!!! Siap pagi2 tadi aku ucap Happy Birthday gitu. Hubby pun layann aje aku wish dia. Haha.

Sebenarnya, seminggu dua ni aku weng tak ingat hari apa, berapa haribulan. Al-maklumlah, duduk di rumah saja. Tak ada due date apa. Taubat aku malu dengan hubs.

Kerja aku sambil2 melayan Ammar adalah curi-curi tengok That 70’s Show. Pecah perot gelak. Tengoklah, by the 8th season nanti perut aku mungkin dah kempis, sebab pecah.

Punya kelakar, sampai Nacho Libre pun jadik 1/10 aja.

Tapi lah, scene terbang ni aku tak boleh tahan dah, gelak guling-guling. Jauh terbangnya tu Nacho! Ammar Izzudin Wafiy tengok aku konfius aje. Apekehenya mama ni?

So, petang aku masak kaw-kaw punya, hubby sambut ‘besday’ kan (besday awal sehari). 3 lauk satu sayur. Yummm. Tengah aku masak tu, ada melibatkan TEMPE - ubat awet muda yang Khir Toyo guna tuh, aku perasan tempe sekarang ni makin halus/nipis. Jari aku tebal lagi.

SKII murahan. Sila amalkan.

Poor hubs, birthday boy had to buy his own birthday cake. Kelakar pulak kek birthday boleh campur2 gini. Tapi aku suka la banyak2 jenis camni, rasa pun pelbagai. Yummm

Wow, hari ni aku semacam punyai seluruh masa dalam dunia ni. Boleh blogging dua kali sehari! Maksud aku, Ammar tidur sepanjang hari. Bangun hanya mintak susu dan tukar nappy saja. Mungkin doa aku tiap hari agar perjalanan kami bertiga ni dipermudahkan sudah dimakbulkan, agaknya. Alhamdulillah.

Aku sambung lagi tengok cerita2 dalam laptop ni yang dah berapa banyak queue. Aku habiskan dulu Grey’s Anatomy Season 2. Sungguh mengujakan. Pada akhirnya, aku cuma mampu berkata (Beware, cursing session ahead), “DAMN YOU, DEREK! DAMN-DAMN-DAMN!“. That’s your gorgeous and sorry wife you’re holding, how can you at the same time look at another women? And Meredith, “We can’t help who we fell in love with“? Come on, now… Dan, aku benci Izzy sebab terlalu emosi. Aku suka Christina sebab dia macam robot dan cold. Dalam ramai ramai, aku paling suka George - suka, suka, suka.

Okay.

Lepas tu tengok 30 Days of Nights, hanya sebab Josh Hartnett sangat hensem dan kacak dan menawan. Ya, aku suka aktor Amerika yang hot.

Kalau Ammar hari-hari macam ni, memang tak mustahil semua movie2 tu boleh ditengok. Mungkin akan tengok dalam masa terdekat: American Gangster, Memoirs of a Geisha dan Things We lost in the Fire.

Last nite, me and huby watched this movie. Boleh la tahan. Kalau tengok wayang, pasti pegang kerusi kuat2, and tutup muka once in awhile.
Hari ni adik jalan2 dengan mama dan abah. Pagi pergi jumpa paediatrician. Dr. S cakap adik sihat. Alhamdulillah.

Lepas tu pergi ambil nenek (sebelah mama) dekat KLsentral. Then terus pergi kenduri kawen Mak andak kat bangi. Panas, kesian adik…

Nanti adik dah besar sikit mama bawak pg shopping, ok?

Cuddle2 ngan abah kat klinik Dr S (the paediatrician)

Ammar and nenek (my mom)