Isu Sensitif
12 April 2008
First of all, topic yang aku nak cerita ni mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak, jadi aku mintak maaf awal2 kalau ada yang terkecil hati. Aku tak de nak berniat camtu, cuma nak share sikit2 aje, sambungan kepada post SAHM yang ini. Serenok tau jadi SAHM, bila anak tidur dan takda kerja, blogging ajelah…
Again, I’m sorry if I offended anybody in any way.
Dulu aku adalah sangat keding. Macam batang penyapu. Dalam usia 14 tahun, aku dah mencapai ketinggian 172cm, mind you, itu adalah 5′ 8″ - kalau aku nak, aku boleh apply jadik model kat mana2 agency. haha. BMI aku pada ketika itu 21, dalam lingkungan normal. Tapi menjadi begitu tinggi pada usia yang sangat muda bukan sesuatu yang mudah untuk aku handle. Budak2 lelaki sangat suka mengusik aku, panggil aku nama2 yang aku tak suka. Ada tu budak nama dia Hafez (bukan nama sebenar) panggil aku Zirafah, ada yang panggil Galah, dan banyak lagi. Hanya sebab aku lain dari yang lain. Kadang2 rasa marah sangat2 kat diorang ni, tapi masa tu aku sabar aje. Itu kurniaan Allah, aku bersyukur dan aku tahu ada hikmahnya semua ni. And, people should not make joke out of something that they cannot change. Betul tak?
Saja aku takmo sebut berat dalam kg, nak suruh korang pening sikit.
Walaupun BMI aku 21, tapi aku memang kurus sangatlah. Aku pun heran, kalau kena tiup angin Laut China Selatan ketika berjalan balik dari prep petang tu, rasa macam nak melayang pun ada.
Lepas SPM, aku kerja kilang cari duit lebih. So, bila aku ada duit sendiri, aku makan apa aku suka. Berat badan ada naik sikit, BMI=22. Suka sangat… Aku tak de nampak macam kurus kering lagi. Keadaan itu maintain sepanjang aku Matrikulasi dan masuk U. Aku nak aje letak gambar2 masa ku sekolah dulu, tapi mana ntah archive cd tu.
Tak lama lepas tu, aku nikah dengan hubby. Masa tu awal tahun ke-3 uni (final year). Ok, baru kawin tu, maintain aje. Gambar ni adalah sebulan post-nikah, kami hantar rombongan nikah BIL. Aku suka masa ni, rasa physically fit. Lihat Mr. Hubby, sangat ramping kan?
Tapi rasa tu tak lama, sekejap aje aku dah naik badan. BMI mencanak2 ke 23, 24 sehingggalah yang tertinggi pada awal 2005, BMI=29 which is overweight (or is it obese?)! Aku memang tak sedar sebab ketinggian aku tu mengaburi mata aku sendiri. Nampak ok, tapi sebenarnya tak ok.
Apa yang membuatkan aku sedar ialah satu peristiwa yang agak ngeri yang menimpa aku ketika sedang bekerja. Pada satu hari di bulan Februari 2005 aku sedang jaga check point merentas desa, nama pun merentas desa jadinya tempat aku jaga tu adalah semak-samun dan pokok2 besar. Hari tu mendung macam nak hujan. Memang tak lama lepas tu, hujan pun turun dengan lebatnya. Students yang lari basah, aku pun basah. Bila dah lebat sangat tak tertanggung tu, aku pun lari berteduh dalam kereta. Kilat sabung menyabung. Tiba2 sebatang pokok tumbang berhampiran aku dan menghempap kabel elektrik bersebelahan. Nak jadi kisah, tiang letrik hidup tu pulak hempap kereta aku dengan aku2 didalamnya. Cermin kereta pecah, aku tengok je dari dalam. Selepas calling2 cikgu2 berdekatan, depa pun datang tolong. Aku takut nak keluar sebab kabel letrik betul2 melekat atas bumbung kereta aku, tapi aku kena keluar dari kereta penyek tu. So, bila dah keluar kena hujan lagi. Basah. Datang pulak Cikgu Jenal(bukan nama sebenar) bawak Nikon DSLR dia, snap sana, snap sini. Yela, tempat tu ‘crime scene’, mesti la dia snap. Habis cerita tu.
Minggu depannya Cikgu Jenal jumpa aku bagi gambar2 kereta yang dia snap tu kat aku. Ada gambar aku sekali. Ya Allah! Siapa dalam gambar ni? Aku ke? Macam kayu balak aje, dengan basah melekat2 lagi. Geram pun ada kat Cikgu Jenal. Masa tu baru aku perasan yang badan aku perlukan penurunan A.S.A.P. Patutla bila bangkit sujud aje lutut aku sakit semacam, rupanya weight aku dah tak bearable lagi. Sakitttt…. **Gambar2 Cikgu Jenal bagi tu aku buang serta merta. Tak sanggup…
Masa ni tgh diet SW, banyak lagi nak kurangkan.
Tak lama lepas balik vacation KT, aku preggykan Arwah Ameen. Aku makan macam nak rak. Ye la first time preggy memang excited nak kasik baby sihat, cukup zat semua kan? Tapikan, alhamdulillah, lepas bersalin dia aku turun balik ke berat sebelum preggy. Cumanya aku pantang habis-habisan masa tu. Tak hengat dah. Beberapa bulan lepas tu rezeki murah sungguh, aku preggykan Ammar pulak, mungkin Allah nak kurangkan kesedihan aku yang kehilangan Ameen masa lahir. Masa ni pun aku makan macam tak hengat. Lepas bersalin dia pun aku turun, almost ke berat badan asal.
Tapi ntah macam mana, lepas pantang tu aku lapar semacam. Mungkin sebab BF. Aku makan lagi dan lagi dan lagi…. hoho… Sekali tu badan aku kasik warning; LUTUT SAKIT! So bila lutut dah sakit pepaham sendirila nak kena reduce weight. Tapi reducing weight ketika BF ni bukan boleh sewenang2nya nak kurangkan calorie intake. Kalau mengejut sangat nanti BM kurang, kesian kat baby nak minum. Aku ambil Herbalife ni pun macam ujikaji aje, kalau jeopardize BF aku, anytime aku stop aje. Tak guna diet2 tapi Ammar tak dapat BM. Setakat ni tak da masalah. Mintak2 begitulah sampai bila2.
Kenangan Zaman Kanak-kanak (Tagging game)
27 March 2008
I’ve been tagged by Iza.
If you are Msia’s 70’s baby,read through this…….kalu betul terjadi pada anda.. komenla sikit…
Replying to this tag is not that easy, as I have forgotten most of it. Ye ke? Muda-muda dah lupa. Aku sengaja mau melupakan, sebab tu la aku lupa. I don’t exactly have a happy childhood that worth reminiscing. Hate to say it, but it’s true. So, this is the best I can come up with.
Yang hijau ni Iza tulis. Jawapan aku yang warna hitam.
** Kat skola ade salesman jual buku cerita. kalau dapat nombor I,2,3 dalam kelas cikgu bagi voucher pilih la buku ape nak..kalu lebih bajet tambah sendiri…. ada gak datang jual vitagen n susu sekolah.. bagi borang sok datang jual…
Jual buku cerita rasanya takde. Vitagen ada. Ntah pape ntah. Jual la vitagen kat hypermaket ke. Ni nak katok orang meskin macam budak2 sekolah kat kampung aku tu jugak. Aku tak pernah beli.
** budak2 kena baca buku time cuti sekolah..kemudian isi dalam buku galakan membaca.. tak salah kaler ijau buku tu… tp punya la nak penuhkan buku tu… just tgk sinopsis kat belakng buku.. Buku feveret time tu nancy drew….and EB
Ada buku galakan mambaca ni, aku tak ingat warna apa. Ada kawan aku ni memang kaki isi buku ni. Tapi dia tatau satu apa pun dia tulis dalam tu. Adeke dia pegi salin balik page terakhir dari buku yang dia baca tu. Aku tak layan tulis buku galakan membaca. Tapi aku suka baca Nancy Drew dan Hardy Boys, pinjam dari library sekolah.
** pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. yang bukak lagi banyak kira otaila…
Ni pencil box orang kaya bagi aku. Aku pakai kotak pensil plastik yang berwarna tu. Nothing fancy.
** main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. lagi besar and bentuk lawa2 lagi bagus…
Tak main pemadam. Main rumah2 guna kotak pensil ada la. Pemadam tu kira jadi perabot dalam rumah.
** pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlmair tu
Ada. Tapi aku takde.
** cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ
Sangatlah ada. Ada satu cikgu ni baik sangat + penyabar. Tapi adalah satu budak sangat la bertuahnya pegi mencabar kesabaran cikgu tu. Kena katok ngan pembaris ni, dapat jahitan kat kepala dia. Aku tak tau apa jadi kat cikgu tu.
** time pendidikan seni, lukis sumeboleh tp bile time kaler sume hampeh.mas kecik2 lukis orang siap pangkah kat leher.. takut nanti idup…hahah
Aku minat subjek ni. Cukup tensi bila ada orang kiri kanan pg kaler kulit manusia warna hijau/biru. Apekah?
** Tora dan Dendang canggihla time tu.. kalu bleh beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon .ade gak permainan ‘Tikam” beli sebab nak hadiah…
Aku tak beli jajan2 ni. Tengok org main tikam saja. Percaya atau tak, my hubby sangat ‘kaya’ waktu tu, dia boleh pergi jual tikam. Silap2 Iza, ko ada beli tikam kat dia kot. Hahaha
** makan cekelat-cekelat fames macam cekelat duit, cekelat telor, cekelat bantai (arnab)..Kalu keropok.. cikides, koropok baby…ada lagi sampai la ni….
Aku makan coklat duit dan cikedis.
**Kasut paling canggig yang “zap on” tapi saya takde pun…saya suka jazz…
Kasut paling canggih aku pakai ialah Bata yang tapak gigi2 tu. Beli dengan duit raya harga RM15.
**beg sekolah kaler kuning 3M…ataupun beg kotak kaler merah itam petak2..masa tunggu bas leh duduk atas dia…
Beg ni kak long aku pakai. canggih masa tu. Anak sulung masuk sekolah, beg sekolah pun canggihla. Aku the next yearnya pakai beg apa ntah. Kaler hijau lumut. Lembik je.
** Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg
Aku tengok ultraman, thundercats, transformers. Tapi aku lebih suka tengok siri omputeh yang malam2 tu, macam V (makhluk asing yang suka makan tikus), battlestar gallactica, chip, robin of sherwood.
** sibuk fewmes dengan windbreaker…. teringin nak beli….sampai beg pun ada jual guna kain wbreaker tu…
Ni dah masuk era 90an. Aku beli masa nak main basketball untuk sekolah. Mintak duit mak RM90. Camne la mak car duit nak bagi anak dia pakai windbreaker.
** dulu takde fster, tp ade jual kad2 name yg background ade pic pmndgn la,artisjepun la,doraemon la, ape la, kena isi borang…kemudian pos… ada gak penpal program…kalu jadi agen dia… leh la dapat free bila ramai beli….
Ada. Tapi aku takde.
** Do you still remember that we had’ dentist’ rooms where we had to have our teeths check? kalu takde van akan datang…paling takut panggil nama kat kelas….dgn kad ijau…(
Aku suka kena cek gigi ni. Ye la kalau harap sendiri mau pg klinik gigi, pakat tak pegi la gamaknya….
** That a bowl of mihun soup or some souponly costed 50 cents at the school canteen… saya suka laksa…dalam mangkuk n susu tin lagi…
Aku breakfast kat rumah. Mak masak mihun atau nasi goreng. Mak aku SAHM masa aku sekolah rendah. Sangat suka masakan mak.
** would play games like monopoly, uno,old maid, and all other card games like that… ataupun paling koman Dongkey and Happy family
haha. Monopoly Hongkong/China yang tiruan tu ada la aku main. Old maid pun ada.
** but of course. the best would be main guli, batu seremban, bottlecaps, ice-cream sticks, ‘Pepsi Colaone-two-three’, Cops and Robbers, main kejar-kejar duduk,getah… and for the not so active, those kind of ‘bookgames’ where we would use buku latihan to draw and ask our friends to play
main nama negeri ke… hang man la…
Aku main batu seremban, tutupbotol, kejar2 dan rounders!
** do you remember the ice-cream tubes which are actually ice and colouringthat are sold for 10 to 20 cents.. thecolourful ones.. where you usually bite off the top to glup it down.orangetastes b best..(pop-ice)
Ni aiskrim malaysia ke? Dah lama aku tak buat. Plastiknya ada lagi dalam kabinet dapur.
**bila main pun suka main jengkek-jengkek…ntah apa org panggil..ataupun “zero point” . cari mozek yang paling cun untuk letak kat petak…bilalukis rumah..lukis yang paling cun…
zero poin dan galah panjang aku ada main. tapi galah panjang tu saspen la, ade je orang libas badan aku…
**main anak patung kertas.. patung jepun… yang tukar-tukar baju..maklumla..barbie doll mahal time tu…
Patung kertas ni sangat nostalgia.
**minat kumpulan NKOTB, kalu melayu layan semua lagu rawks yang jiwang2 ..hehe
Aku dulu sekolah menengah duk asrama. Sapa tak minat NKOTB tu kira memang kodi, boleh kena buang asrama…
Fuhh… berjaya gak aku lengkapkan tag ni. Seksa nak mengingat balik.
Anyway, bunyi aku kat atas tu macam banyak tak puas hati, banyak angst. Sebenarnya banyak benda belum resolve dalam hidup aku. I wish I can have it all, but who does right? Insyaallah untuk anak aku, aku akan berikan dia zaman kanak2 yang terindah, termanis - supaya satu hari nanti dia boleh ceritakan pada anak2 dia, kenangan2 manis tu tanpa tertinggal walau sedetik pun. Hopefully aku dan hubby tak spoilkan dia. Nanti jadi seperti komen Peej untuk gambar dibawah!








