He Sucks All the Fat Right Out of Me
4 June 2008

I eat like piranhas over the weekends. Sinful chocolatey donut from BA. Huge servings of nasi ayam. Home-made speghetti. Series of chocolate indulgence from SR. Nasi goreng. Lontong. Nasi Lemak. Roti canai. Name it! I eat it. I’m crazy for foods. I’m hungry all the time. Arrggghhh!!!
But the best thing is I dun get chunkier like before. I weigh myself everyday coz I thot I was getting chubbier. Guess what? I’m not. The number stays. Whahaha. I’m super-duper happy. Imagine eating all u want but not getting fat?! I think everybody needs that.
Thankgod for BREASTFEEDING! Hubs, U just dunno what u’re missing for not being able to BF. Wahahaha.
Cabaran BF
18 April 2008
Sekejap aje dah dekat 4 bulan BF adik kecik tu.
Mula2 lepas aku bersalin tu, bukan terus2 boleh BF. Naknye aku c-sect, hari pertama memang drowsy due to the drugs so most of the time aku cuma tidur sepanjang masa. Hari kedua, drug sudah wear off, sakit yang amat lah pulak. Sampai ‘urine bag’ dah cabut pun aku dok sakit tulang belakang lagi, maybe sebab spinal block, so aku tak leh bangun. Sakit weh. Even lagi sakit dari selepas bersalin normal kali pertama dulu. So, tak pegi nyusu Ammar pun. Hari ketiga aku dah boleh jalan, baru aku pegi kat nursery Ammar dah cuba BF dia. Tapi dia tak mau pulak. Aiyo. **DDMC tempat aku bersalin ni tak de rooming in. Kalau nak nyusu, ibu kena jalan ke nursery. Aku rasa, leceh betul part ni. Paling tak suka.
Aku frust bila Ammar tak mau minum direct, so, aku express dengan Avent Isis. Masa check in nak bersalin dah siap2 bawak benda ni. Aku tak tau kenapa aku bawak, instinc kot. Masa tu colostrum yang keluar, tak banyak dalam 1oz. Aku pun bagi Ammar minum. Minum tak habis pulak tu. Sedih sangat. Tapi aku yakin, tak lama lagi boleh la tu.
Hari ke-empat, aku discharge. Yeay! Malam pertama duduk dirumah dengan baby sangat2 nervous okay. Scared sh*tless! Bagi BF sikit campur formula yg Dr. K bekalkan sebab Bm aku tak reach full production lagi. Kesian Ammar lapar. Dua hari juga minum Bm campur formula. Lepas tu, susu dah banyak, tak perlu formula lagi. Ada lagi formula tu berbaki 3/4 tin. Lepas pada tu, aku tak de masalah BF. Ammar sangat kenyang. Aku pun hari2 kompelin bengkak, walaupun sudah express. Aku tak tau bengkak tu la yang bagus, daripada takde langsung. Kadang2 ada masa aku boleh berangan, “kan ke seronok kalau tak payah bengkak-bengkak?”
Rupanya setiap apa yang aku angan berulang kali tu menjadi doa. Lepas balik PRU12 hari tu, supply merosot denga teruknya. Ini adalah sebulan sebelum aku mula start Herbalife, so it has nothing to do with cutting calorie intake. Aku mula panik. Ngadu kat Zana sambil gTalk dgn dia. Sian Zana, tak pasal2 aje jadi telinga, padahal manala dia ada experience BF lagi masa tu. Sejak pada tu, macam2 aku buat. Antaranya:
Minum air banyak2 sampai kembung perut. Siapa la ajor nih?
Minum Milkmaid Tea
Minum air longan kering. Sapa tak pernah tengok longan kering, ini dia…
Tapi semua tak jalan. Supply aku macam tu jugak. Dah jadi macam tu, barula hari2 berdoa, “Ya Allah, jika susuku ini yang terbaik buat anakku, izinkanlah dia untuk menyusu selama yang boleh”. Bila nikmat dah hapir ditarik balik, baru aku kecoh. Sampailah ke satu tahap aku depress sangat, dah tak tau nak buat apa, Mr Hubby telah membelikan Anmum for BF untuk aku.
Hari2 aku minum 2 kali sehari, campur dengan Herbalife shake (ni pun tak tau la sapa ajar). Sedap sangat jadinya. Tak sampai seminggu amalkan Anmum, supply sudah increase. Aku dah boleh express 4 oz. tadi.
Alhamdulillah.
Jadi, verdict aku terhadap bahan2 BM supply enhancer di atas adalah:
- Minum air kosong banyak2 - walaupun tak berkesan untuk aku, ia tetap bagus untuk kesihatan.
- Minum Milkmaid tea - tak berkesan, rasa pun tak sedap. Tak mungkin aku beli lagi.
- Minum air longan kering - tak berkesan, tapi rasa sedap sangat. Ermm, kenyang pulak makan dengan longan2 nya sekali.
- Anmum - berkesan, dan rasa sangat sedap. Aku nak maintain minum ni.
My MIL ada cadangkan petua makan kacang kuda rebus. Ermmm, aku tak mau cuba ni sebab alamat kenyang la perut makan kacang kuda. Mana mungkin makan sekali dua saja kan? Haha. Banyak lagi petua lain,tapi sebab aku tak cuba - mana boleh buat verdict kan?
Sebenarny aku tak ada elaborate plan untuk BF ni. Cuma aku tau aku nak BF aje. My only plan was ordering Avent ISIS Out & About Set dari Imie di US. Murah, hanya RM200 aje setelah convert. Banding dengan beli kat Sogo masa sale, masih mahal lagi. Kebetulan Imie balik bercuti di Malaysia - masa tu aku 3months preggy.

Aku pun tak sure kenapa perlu aku order set tu, sedangkan aku dah plan nak ambil unpaid leave dan boleh nyusu direct. Rupanya memang besar jasa Avent ISIS tu untuk maintain supply. Cuma aku je yang maleh nak express.
Aku salute working mother yang Bf exclusively. Sangat cekal mereka2 ni. Aku baca dalam Pa&Ma yang terkini, ada sorang ibu ni expressing semasa outstation berhari2 diluar negara, kemudian bawa balik berkilo2 EBM naik flight, just to stock up! Aku respect. As usual, aku tak de plan lagi cemana nak buat bila dah masuk kerja balik next year. Haha, aku bukan jenis plan punya orang, lebih kepada walk blindly through life and seize the day! Mungkin juga aku perlu berubah.
Aku cuma nak turunkan legasi mak, nenek, moyang aku dulu. Mak susukan aku hingga hampir 3 tahun. Kebetulan aku dengan Teh berjarak 5 tahun. Boleh la nyusu lama-lama. Akibat itu, aku jarang2 sekali sakit masa kecil hingga la remaja. Masa sekolah rendah, attendance aku penuh kecuali satu hari sebab hujan lebat dan jalan berlumpur! Talk about antibody dalam susu ibu kan? Sangat berharga. Terima kasih mak.
Mr. Hubby pun aku rasa dia tak berapa jelas sangat pasal benefit BF ni, cuma dia support kebanyakan benda yang aku buat, so yang ni pun dia support aje. Tak kisah la tu.
Sekian
Ammar’s first time at OU
15 March 2008
Finally managed to go to OU very early in the morning and parked at the open parking of old wing.
Hubby started mocking me, saying “Kedai yang mama beli tadi tu kedai untuk blogger aje”. I replied, “Kenapa pulak?”. He said, “Sebab kedai tu jual stroller harga RM2000++!”. Apekah…?
We also bought rocking chair for Ammar. Ni dah lama nak beli sebelum dia lahir lagi, but that time we have to choose between stroller or rocking chair. Now that Ammar has aware of his surrounding, must let him take part in our daily activities around the house (eating, watching tv etc) with this rocking chair.
Runsinglah…
14 March 2008
The truth now is; I’m sick of watching TVs, sick of reading newspapers, sick of looking at some billboards along the hi-way. I’m sick of almost everything here. I wanna live in the US. Buleh gitu Imie? Oh, sila jangan buang negeri akan penulis blog ini, sebab IC warganegara saya bukan yang duplicate punya!!!!
Enough about that already.
Aku runsing dengan body aku. Lepas bersalin Ammar aku almost dapat balik my pre-pregnancy weight. Kemudian tu sekarang sudah up berkilo2 okay??? Aku tau tu sebab aku bfeeding . Semua orang cakap bfing mommies tak leh ‘diet’, nanti effect kuantiti susu yang dihasilkan. Aku tak caya. Boleh ape, ada satu mom dalam Desperate Housewives (Lynette’s colleague) tu slim gila sebab anak dia BF sampai besar. He he. Bagus tul.
However, I did think of dieting few days ago as I’m getting sadder and sadder everytime I stand infront of the mirror. And guess what happened? This. And what is this? My only 1 oz. of expressed BM (EBM). 1 oz. of EBM is like makan seketul Heaven Berry when everyone else is buying (and eating) 1 dozen. Why is this happening?
Sangat sedih sebab aku akan hilang purpose jika tidak mampu BF Ammar kuciku. Dah la aku cuti semata2 nak BF, alih2 tengok susu kurang dan kering. Habis la…. Aku tau masa balik kampung hari tu aku miss expressing so many times sebab keadaan tak mengizinka, sebab tu kot susu kurang. Biasanya aku express dapat 8 oz. gitu. Owh… sangat sedih. Sian kat Ammar. I ordered Milkmaid Tea from Mom’s Little Ones, nak bayar guna Maybank2u, pastu TAC pulak buat hal. So tak leh proceed with the purchase. Weekend ni terpaksa la pergi OU cari Milkmaid Tea. The thing is, I hate OU so much sebab crowded sangat. Please help me. Where can I find other place(s) yang jual MT ni. Yang less crowded?
***Multiple runsing mode***











