Cahaya dan Bau
16 May 2008
Hoho, sekarang baru kau tau camna jadi mak budak. Jadi mak 3 budak macam suealeen? Tuhan aje yang tau. Hmmm.
Little kuciku dah berminggu2 tak mau tidur siang. Bila letak dalam buaian aje meraung. So kena angkat balik letak atas tilam, layan, bagi toys, bagi teether, bagi minum. sembang. habis idea aku. Menangis lagi. Tukar diaper. Menangis lagi. Ajak tgk TV. Menangis. Letak dalam buaian. Lelap kejap. 10 minits later meraung. Angkat. Repeat all the above. Sampai malam, around 9. Tapi selama ni tak mcm ni la. Baru2 ni aje.
Pagi ni, dia terkuncil around 7am. Habis basah buaian dia. Takde diapers yg leakproof rupanya. Yg ‘mahal yg amat’ ni pun bocor gak. So mandikan awal. Since buaian dia dah basah, kena tukar lah kan? Mmg aku tak ada netbuaian spare, so aku pinjam kain pelekat masam abah dia buat buai. Nasib la bro. Kain pelekat tu merah maroon, petak2 hitam, cotton, sejuk.
Dia tidur (siang) nyenyak dalam tu, for the first time in many2 weeks. My assumption:
- kain tu masam bau abah dia. so dia suka la, bau2 musk/pheromone ni kan. comfort smell. apekah…
- kain tu gelap, berbanding dgn net buaian yang see tru tu. so, macam malap aje suasana. macam waktu malam gitu. boleh?
Sukati lah nak… janji tido. Bolehh mak tgk Gossip Girl wat kerja sikit. Hubby suruh aku kemas segala pinggan mangkuk kaca, pyrex, arcopal semua suruh pack dalam kotak pun aku tak wat. sebab bergentel ngan kuciku ni. kalau dia tidor kejap 10 minit tu mana dan nak pack kan. lepas tu pinggan mangkuk ni kalo berlaga kan bising, dia terus terjaga, esp. masa aku basuh pinggan. Aku dah jadi macam kucing Sylvester (yg asik nak tangkap Tweetie tu) jalan jingkit2 dalam rumah sebab nak kasik dia tidur.
Nampak gayanya pakaila kain masam tu beberapa hari ni ye?
Sediakan nappy sebelum hujan









16 May 2008 at 2:19 pm
agaknya tu sebab orang veteran ni kasi kain kot… anak2 aku lagi la tak tido endoi langsung. bergelimpangan macam mangsa banjir (perumpamaan je bukan menghina tau)…
16 May 2008 at 2:29 pm
camana boleh tidor bergelimpangan? sleep trained ke?
16 May 2008 at 2:53 pm
camne eikk.. tapi dari kecik memang tak kasi buai. 1-2 bulan bedung & tido telentang. depan tv.. bukak tv kuat2. kalo malam, aku kasi depa tido bawah cahaya masa mula2 tu. 3 bulan ke atas tido meniarap. lama depa tido kalo camni..
setahun ke atas.. yang aku perhatikan.. depa start tido ikut suka2 je kat mana & time bila2.. mastura kerap tido lepas mandi petang.. adam time pukul 3 lebih lepas blue’s clues sampai petang… malam pulak, lagi aku dok jaga depa akan berjaga.. kalo nak tido, sticky.. tiga2 sekali tido kat sebelah kiri, kanan, kepala.. ada yang mintak gosok belakang, ada yang mintak main jari, ada yang peluk lengan, yang kecik tu dah sure la nak mengopek walau pun sat…
tu je la pengalaman aku ni..
16 May 2008 at 3:01 pm
tv tu kuat bukanlah sampai bingit.. kalo ye.. bih la pekak plak anak2 aku
16 May 2008 at 3:36 pm
wah, bunyinya macam senang kan..
16 May 2008 at 3:37 pm
wei, apasal la logo/avatar sue kat sblh kanan tu SENGAL sangat. haha
16 May 2008 at 3:46 pm
ntah la… camna mao tukarrr?
16 May 2008 at 3:48 pm
tatau la. unless sue signup wordpress dan upload gambar sesuka hati. personal note: WordPress RAWKS!
16 May 2008 at 4:30 pm
wewh…aku nak pesan siap2… kao pasang la radio ayat2 uran ka.. awal2 bg dia bising 2… nanti tak susah.. cam anak aku kecik2 ajar dok sunyi2…aku bagi jatuh benang pun terjaga… dah tu memangla in.. masuk bulan ketiga ..perangai dah berubah.. dah nampak true color..huhu… boleh kurus tak yah diet…masuk anginla nanti herbalife tu tak bersentuh…
17 May 2008 at 12:13 am
iza: nampaknya tips ni aku simpan utk anak seterusnya lah. insyaallah. positif. positif
18 May 2008 at 7:01 am
“jln pelan2 mcm sylvester”…ahahah sgt kiut!
anything for ammar kan? sylvester pun sylvester laaa…
18 May 2008 at 8:21 am
mrs noba: hoho…sgt la kiutnya. baby sorang punya pasal…