Aku sangat-sangat syukur kepada Ilahi kerana banyak perkara; ada suami yang penyayang, ada anak yang sihat, ada rumah tempat berteduh, ada kerja (walaupun tak kerja haha), ada kenderaan untuk dinaiki. Banyak sangat yang kena disyukuri, tak tertulis semuanya. Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa macam kurang sangat bersyukur, walaupun mulut selalu cakap Alhamdulillah dalam masa yang sama aku banyak jugak merungut. Rungut itu, rungut ini. Hey, siapa dalam dunia ni yang ada semua, kan?

Insiden yang berlaku di ALMND tadi cukup buat aku berhati-hati, do not take things for granted. Dan kejadian tu juga yang buat aku terfikir pasal bersyukur ni. Aku bersyukur kerana dua orang lelaki ini masih bersama aku, masih seperti biasa bermanja-manja, bergelak ketawa dengan aku, walaupun hakikatnya sekelip mata juga keadaan boleh berubah atas kehendak Tuhan, despite what happened today.

My favorite boys: Makan-makan at ALMND

Thank God for everything!

Senarai perkara yang aku super-grateful for:

  1. Badan sudah semakin sihat. Lenguh2 perut kesan c-sect sudah banyak yang kurang. Aku dah boleh angkat/dukung Ammar sesuka hati aku. Boleh angkat air bertapis sebesen untuk mandian dia. I’m telling you, this baby uses filtered water using RxWater filter!
  2. Ada pasaraya baru bukak di taman aku ni. Ala-ala ESave gitu. Semalam aku pg rasmi. Seronok sangat sebab senang nak beli fresh groceries, macam sayur dan lauk2 basah. Walaupun mahal sikit, tak payah pergi sampai USJ nak stock-up groceries. Yang penting, diapers pun murah!

Bercakap pasal badan yang semakin sihat tu, memang super-duper sihat dah aku ni. Kalau orang yang biasa nampak aku mesti depa kata “Macam ni punya badan pun nak kena diet ke?”. Aku malas lah nak explain kat depa pasal badan-badan ni kan. Sacred tau. 3 hari lepas aku selongkar balik khazanah lama: 0tt0 Slimming Belt yang beli tahun 2005 masa aku slim kaw-kaw dulu. Cehhh… Gegar2 la kat mana tempat yang patut tu kan, gatal sungguh badan bila dah lama yak kena alat ni, asid laktik dah keluar. Tapi takat mana nak gegar kan, kalau makan macam orang darfur jumpa food. Aku ingat nak ambik food replacement program la, yang claim tak kacau bfeeding tu. Aku dah contact colleague aku yang ambik program ni, dia pun baru bersalin gak dan dia confirm tak kacau bfeeding. Tengokla nanti. Kalau aku betul2 join aku akan update progressnya. Tak sabar nak balik asal.

Sekian.

3 months checkup

29 March 2008

On the way to Dr. K’s

Sebelum kena enjek

Selepas enjek. Takde beza, nangis pun tak. Sukaaa…

Timbang kat klinik tadi 6.6kg. Not much since last month, tapi aku ok je. Alhamdulillah dia sihat. Ceria2 aje. Malam ni mungkin demam, dah standby PCM.

Wah… got so excited today coz my hubby was doing errands at Damansara, then tetiba dah masuk zuhur so dia pun Solat Jumaat kat Masjid TTDI. Sekali tu rupa2nya DYMM Sultan Mizan pun Solat Jumaat kat situ! My hubby pun ambik kesempatan cium tangan DYMM. Aku tanya, “Wangi tak tangan dia?”. Hubby kata biasa je. Apela soalan camtu kan?

So here are some photos of our beloved DYMM Sultan. As we all know, he’s so popular now because of the Terengganu MB debacle.

Ni bukan hubby, ok!

Kenapalah ada orang yang sungguh biadab terhadap institusi beraja ni kan? I like this joke about the Terengganu matter, very lighthearted one!

My Individual Baby

28 March 2008

Did u know that Ammar is actually born at 33 weeks? I am supposed to have him by the end of January, but he’s ready at mid December! He he senang mengandungkan dia, sekejap aje. Tiap kali pegi ANC, Dr. K scan dia - growth adalah advance 4 weeks. Sampai satu tahap, Dr kata boleh bersalin dah ni, organ baby semua dah mature, kemudian dr bagi injection steroid (kot?) untuk kuatkan lungs dia, dan the next 2 weeks aku check in untuk c-sect. Yeah, Ammar adalah baby elective c-sect. Elective! Alhamdulillah dia lahir okay, sihat walafiat dengan berat 3.1kg.

Ini Ammar baru cuba2 maintain kepala, semalam. Susahnya mama!!!

Ni pulak percubaan memusing badan, last week.